KONSEP BANGSA DAN NEGARA BANGSA

MPU21032

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

NAMA PENSYARAH:EN AMIR FARIZ BIN CHE MAN

AHLI KUMPULAN 

MUHAMMAD AMZAR BIN ABDUL HALIM

01DKB21F1046

ILYAS HILMI BIN MOHD ZAHRULLAIL

01DKB21F1034

MUHAMMAD ZUL IMAN BIN ZOLKEPLE

01DKB21F1038

MUHAMAD ALIFF NAJMI BIN ZULKIFLI

01DKB21F1044

MUHAMMAD AL AZAMUDDIN BIN AL FADZIL

01DKB21F1042



PENGENALAN(MUHAMMAD AL AZAMUDDIN BIN AL FADZIL)

Negara bangsa merupakan satu  konsep atau bentuk negara yang mendapat sokongan rakyatnya dan pemerintah dengan menjadi sebuah negara berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah wilayah yang berdaulat. Negara atau negeri ialah menunjukkan sebuah negara, manakala bangsa menunjukkan budaya dan etnik. Istilah (Negara Bangsa) menunjukkan bahawa kedua-duanya sama maksud, dan ini membezakannya dengan negara-negara yang lain di dunia. Malaysia adalah negara yang unik kerana didalam sebuah negara terdapat banyak bangsa,agama dan budaya.Jika eniti ini berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai serta adat yang bukan merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya. Sebuah dunia dengan negara-negara bangsa juga akan melaksanakan tuntutan terhadap penentuan nasib dari segi ekonomi,mata wang dan autonomi bagi setiap bangsa, yang menjadi fokus utama fahaman nasionalisme.



https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEhCfEjRNqdnhrXtF8e_EsVMPl-J_llG7jS14LX9iwbINehij_KAeXvePoieIbG4BFgEYW6GqSBio-o9XuwnuUtdSzzTXUkwPQI_icGnh4CM8kskHvBXPBoIO2IR8rniI-MQtW3CQrXU0u7r2-o0Cv2nYUAHif5HcJFKQaPh=

KONSEP-KONSEP NEGARA BANGSA(ILYAS HILMI BIN MOHD ZAHRULLAIL)

Apabila kita bercakap tentang negara, ia merujuk kepada masyarakat yang tinggal di kawasan tertentu dan kerajaan yang memerintah. Konsep negara ialah kerajaan berdaulat bebas yang mentadbir wilayah yang diiktiraf oleh negara lain. Rakyat setiap negara terikat dengan tanah, air, perlembagaan, dan kewarganegaraan. Unsur terpenting sesebuah negara ialah penduduk atau rakyat, kerana rakyat membentuk negara dan membina negara untuk negara.Negara bangsa merupakan satu konsep dan ideologi yang lahir dalam sejarah bangsa Eropah.mereka menghadapi masalah nasionalisme yang membawa kepada peperangan sesama bangsa Eropah dan mencetuskan revolusi. 1789 dianggap sebagai permulaan akademik dan perdebatan politik di negara-negara Eropah mengenai konsep bangsa dan negara bangsa. Kejayaan kapitalis membawa mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden dengan sempadan atau wilayah dan negara tertentu. Sebagai contoh, di Eropah, British muncul lebih awal daripada Eropah dan England di negara moden.Negara bangsa ialah tempat di mana budaya kebanyakan orang mempunyai rasa identiti nasional, perkongsian budaya, dan perkongsian sejarah, dan bertindih dengan sempadan politik wilayahnya. Negara bangsa yang ideal hanya mempunyai satu peribumi, satu bangsa, dan satu tradisi budaya, tanpa sebarang kumpulan. yang lain. Negara bangsa hanyalah sejenis pemikiran, di mana satu bangsa adalah sama dan diperintah oleh negara berdaulat mereka sendiri.




https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRI97sHTgg_Zc3RZwXwO5ijSLqtqNGg6EdQIQ&usqp=CAU

BENTUK-BENTUK NEGARA BANGSA(MUHAMMAD AMZAR BIN ABDUL HALIM)

Untuk membentuk konsep insan bermoral menurut acuan Malaysia, sewajarnyaia bermula dengan kerangka falsafah moral dan etika menurut acuan negara itusendiri. Tanpa kerangka falsafah yang mantap, konsep insan bermoral yangingin dibina tidak akan mampu bertahan lama dan diterima baik oleh seluruhwarganya. Perkataan falsafah adalah merujuk kepada istilah Yunani’philo’ (cinta) dan’sophos’ (kebijaksanaan) yang bermakna cinta kepada kebijaksanaanatau kebenaran. Falsafah juga dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yangmenjadi dasar kepada ilmu-ilmu lain. Bagaimanapun pengertian falsafah yang popular ialah berfikir secara radikal, mendalam, sejagat dan integraltentang sesuatu perkara. Menurut Barchalow (1994), objek falsafah terbahagikepada tiga komponen utama iaitu ontologi, epistemologi dan aksiologi yangterkandung di dalamnya soal etika dan estetika. Istilah kerangka digunakanuntuk menunjukkan bahawa pembinaan falsafah tersebut masih berada padatahap teoritikal dan perbincangan mengenainya masihberlangsung.Pembentukan kerangka falsafah moral dan etika acuan Malaysiaseharusnya berasaskan agama, nilai, budaya, sejarah dan tamadun bangsaMalaysia. Bangsa Malaysia di sini adalah merujuk kepada semua warganegaraMalaysia yang sah. Untuk mengelakkan kekeliruan tentang konsep moral danetika, semua warganegara Malaysia perlu mempunyai kefahaman yang jelasdan tepat tentang makna akhlak, moral, etika, fungsi, tuntutan dan implikasisetiap daripadanya. Pembinaan bangsa Malaysia yang teguh dan bersatu-padumemerlukan seluruh rakyat Malaysia mempunyai kerangka konsepsual moraldan etika yang sama. Menurut Robertson (1987), nilai yang ingin diangkatsebagai norma seharusnya merupakan gagasan yang dikongsi bersama seluruhanggota masyarakat mengenai kebaikan, hak dan perkara yangdiingini.Penyelarasan kefahaman konsep insan bermoral menurut acuan Malaysiasangat sukar untuk dilaksanakan kecuali ia dirujuk kepada falsafah moraldan etika yang sama. Dengan lain perkataan, tiada pengasingan dibuat antaraislam dan bukan islam sebagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan yangdigunapakai oleh semua pelajar di Malaysia. Pengertian moral yang merujukkepada nilai-nilai murni sejagat dan akhlak sebagai manifestasi perlaksanaansyariah dan keyakinan tauhid tidak perlu lagi diajar secara berasingan. Justeru, tidak timbul lagi bahawa pendidikan moral dan etika hanya untuk kelompoktertentu sahaja. Konsep moral, etika dan akhlak dan cabangannya perludibincang secara terbuka, bijaksana dan berlapangdada.Dengan mengambil kira beberapa pandangan ilmuan sebelumnya khususnyaAbdul Rahim Abd. Rashid (1993), Musak Mantrak (1997), Mohd Yusuf Hasan (2003 & 2004), dan Nik Azis Nik Pa (1997), penulis mencadangkan komponenberikut untuk dijadikan sebagai teras binaan kepada kerangka falsafah moraldan etika acuanMalaysia.a. Prinsip Rukunegarab. Prinsip Masyarakat Islam Hadhari3c. Falsafah Pendidikan Negarad. Himpunan nilai, tradisi, budaya dan agama yang dikongsi bersamaoleh masyarakat majmuk di Malaysiae. Nilai-nilai kemanusiaan sejagatf. Nilai-nilai luar (peradaban Barat atau Timur) yang bermanfaat danbaik tetapi perlu diolah semula supaya sesuai dengan nilai agama, budaya dan norma masyarakat tempatan.  Kesemua komponen tersebut hendaklah dilaksanakan dalam keharmonian tigadimensi iaitu hubungan manusia dengan Pencipta (ilmu agama), hubunganmanusia sesama manusia (ilmu kemanusiaan) dan hubungan manusia denganalam sekitar (ilmu sains tabie) (Tajul Ariffin Noordin, 1990). Kesemuakomponen tersebut juga perlu dilihat secara menyeluruh, bersepadudanharmoni.konsep moral dan etika menurut acuanMalaysia seharusnya berpaksikan kepada ajaran agama. Nilai-nilai moraltidak seharusnya dipisahkan dengan nilai-nilai agama. Bahkan nilai-nilaimoral perlu disandarkan pada nilai-nilai agama (Rosnani 1997 & NoorShakirah 2005). Al-Attas (2001) menegaskan bahawa etika dan moral berasaldari kesedaran beragama dan pengalaman keagamaan sejagat. Nilai-nilaimurni seperti hikmah, keberanian, kesederhanaan dan keadilan tidak akandapat dipraktiskan pada tahap tinggi jika dibangunkan atas semata-mataatas sosial atau falsafah peribadi atau prosedur undang-undang dan birokrasi pentadbiran. Oleh itu, institusi undang-undang, moral dan agama perlu dilihatsecara sepadu dan saling kait mengait. Undang-undang dan peraturan harusbersandarkan hukum moral, hukum moral pula bersandarkan agama. Gagasanini selari dengan pandangan Nik Azis (2005) yang mencadangkan supayaprinsip kepercayaan kepada Tuhan dijadikan ibu segala nilai yang memayunginilai-nilai yang lain. Malahan tiada suatu nilai pun yang boleh menyanggahinilai teras tersebut. Sebagai contoh nilai hak kebebasan bersuara seharusnyadifahami dalam konteks nilai kepercayaan kepada Tuhan. Menggunakan hakkebebasan bersuara untuk menghina kepercayaaan agama, menabur fitnahatau mencaci maki orang lain adalah bertentangan dengan nilai-nilaimoral.Di samping itu, kerangka tersebut juga seharusnya menjadikan agama Islamsebagai sumber rujukan fading utama sesuai dengan kedudukannya sebagaiagama rasmi negara. Justeru, mana-mana nilai yang bercanggah dengan prinsipkepercayaan kepada Tuhan atau nilai-nilai kesejagatan Islam seharusnyaditolak dan tidak sesuai dengan warganegaraMalaysia.Berdasarkan kepada premis di atas, nilai kepercayaan kepada Tuhanyang juga menjadi nilai yang pertama diajar di sekolah rendah dan menengahsekarang perlu dilanjutkan di peringkat IPT tetapi perbincangan mengenainyaperlu dibuat secara lebih mendalam menurut konsep kepercayaan agamamasing-masing. Ini bermakna prinsip asas ajaran agama yang membentukkepada nilai kepercayaan kepada Tuhan perlu dibincang secara terbukakepada para pelajar. Ia sangat penting supaya nilai agama menjadi asas kepadapegangan nilai-nilai murni yang lain. Nilai-nilai agama inilah yang dikatakansebagai nilai-nilai abadi dan mutlak yang akan bertindak sebagai pemandudalam memahami nilai-nilai yang lain. Jika perlu, penerangan nilai-nilai yanglain juga boleh dibuat berdasarkan perspektif agama masing-masing. Tindakanini jika dilaksanakan dengan betul dan tepat akan mengayakan lagi perspektifpelajar dan menggalakkan toleransi dalam mengamalkan agama masingmasing. Penghayatan moral dan etika yang berlandaskan nilai ketuhanan danakal yang sihat dilihat lebih berkemampuan dalam mengawal tingkah lakumanusia berbanding dengan moral dan etika yang hanya berlapikkan asas-asasrasional dan nurani yang gersang dengan nilaikeagamaan.Walau bagaimanapun, dalam merealisasikan nilai teras tersebut, terdapatbeberapa elemen yang perlu diawasi agar perlaksanaannya tidakdiselewengkan.Antaranya ialah terdapatnya sesetengah pihak yang cuba menanam benih-benihnilai kebebasan yang bersumberkan faham liberalisme yang dicampurgaulkandan akhirnya membentuk konsep pluralisme agama (Anis Malik, 2005). Ajaran ini menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Implikasinyaialah prinsip-prinsip asas semua agama akan melebur dan akhirnya semuaagama akan bersatu dan membentuk agama yang baharu. Nilai dan kefahamanseperti ini tidak akan membantu mengukuhkan nilai-nilai moral warganegaraMalaysia malahan akan merosak dan membingungkan umat manusia. Ia bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak seharusnya diberi tempatdalam kerangka falsafah moral dan etika acuan Malaysia. Konsep toleransiagama yang diterima dalam kerangka acuan Malaysia ialah setiap individubebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing tanpa meratakan ataumemaksa nilai kebenaran agamanya kepada kepercayaan pihaklain.Di samping itu, falsafah moral dan etika menurut acuan Malaysia perlumengambil kira himpunan nilai dan tradisi yang dikongsi bersama olehmasyarakat majmuk. Penerimaan nilai tersebut tidak pula menafikan nilainilai kemanusiaan sejagat yang dijunjung oleh semua umat manusia. Bahkannilai-nilai asing dari peradaban Barat dan Timur turut boleh diterima jika iabersesuaian dengan kerangka yang dinyatakan tadi. Walau-nilai tersebut seharusnya diolah semula supaya nilai yang tersurat dantersirat di dalamnya juga dapat disesuaikan dengan acuan tersebut. Sebagaicontoh, nilai hak kebebasan asasi manusia yang diterima tidak lagi dalamkonotasi yang difahami dalam konteks Barat. Sememangnya Barat dan Timursama-sama mengiktiraf kepentingan hak kebebasan asasi manusia. Namunsetiapnya meletakkan nilai tersebut di tempat yang berbeza mengikut kerangkanilai falsafah masing-masing. Barat terlalu mengagungkan nilai tersebutsehingga menjadikan nilai keindividuan berada pada tempat yang sangattinggi. Manakala Timur pula meletakkan nilai tersebut dalam kerangka agamadan kepercayaan kepada Tuhan serta diimbangi dengan nilaikemasyarakatan.Nilai kebebasan sebagai hak asasi manusia tidak seharusnya bercanggahdengan nilai kesopanan dan kesusilaan yang dijunjung tinggi dalam tradisimasyarakat Timur. Perbuatan yang bercanggah dengan agama, tatasusiladan norma masyarakat tidak harus dibenarkan walaupun ia dianggap olehsesetengah pihak sebagai hak kebebasan mereka seperti bercium di khalayakramai, menukar jantina dan seumpamanya. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZFU-S1zFD5cC4Ev98StL99F0sObELGTe456GGLkHNtil60Bu9tHoOdxn_r4xnTYxqxQwGHoif5tE4y3f7ZM-H7nHR3Wf-PnhNhagEgPMTG161rYDW33d1bsqoug38RKwaRS6-wemMc6g/s1600/Picture14.png


ACUAN MALAYSIA(MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN ZULKIFLI)

Usaha-usaha yang dilakukan bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 mei 1966 ,Melalui rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .Seterusnya Pengenalan wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1991 .Wawasan yang telah menekankan keperluan wujudnya bangsa Malaysia 


Hegemoni politik mula memperakui dan menerima anak watan dan komuniti migran diberikan kerakyatan negara.Perlembagaan mencerminkan kenyataan sejarah Panjang di mana Melayu ,islam,Bahasa Melayu,Raja dan AKTA 153 kedudukan sejarah Panjang di mana Melayu dalam negara dijadikan PASAK perlembagaan.Minoriti lain diikat di TAPAK INTEGRASI di mana yang dipertuan Agong simbol perpaduan negara,islam agama rasmi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai,Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan Bahasa perpaduan tetapi Bahasa ibunda pula  boleh dipelajari dan AKTA 153 YDPA menjamin kepentingan minoriti lain. Apabila Malaysia dibentuk rakyat Sabah dan Sarawak telah diperakui sebagai Bumiputera dan dijadikan sebahagian PASAK negara bangsa Bersama melayu.


Apabila persekutuan  Tanah Melayu diistiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Apa yang lahir  ialah sebuah negara dan ia bukannya sebuah bangsa. Begitu juga setelah persekutuan Malaysia terbentuk pada 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia. -Pandangan Abdul Rahman Embong 2001-


https://i.ytimg.com/vi/vEFHfFk8ReY/maxresdefault.jpg


BANGSA IDAMAN(MUHAMMAD ZUL IMAN BIN ZOLKEPLE)

Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman .Bangsa Idaman†disini membawa maksud ialah sebuah harapan atau sebuah idaman sesebuah negara dalam mencapai perpaduan antara kaum. Secara jelasnya, konsep ini menjurus kearah sesbuah negara yang berdaulat atau merdeka dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, bahasa dan sebagainya. Namun idea†Bangsa Idaman†sehingga kini masih tidak lagi tercapai dan menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia Bangsa Idaman†sudah lahir di Malaysia sejak sebelum kemerdekaan tercapai lagi. Sebelum merdeka sudah terdapat pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa telah merancangkan untuk mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing yang membawa maksud sifat dan wajah bangsa-bangsa yang terdapat di Malaysia yang mereka idamkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya mengikut bangsa masing-masing.Semua orang perlu berganding bahu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya dan juga tidak meletakkan semua perkara keatas pihak kerajaan dalam mewujudkan perpaduan antara semua kaum . Kita semua dilarang sama sekali bersikap evasive mahupun â€oeBagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing†ini disebakan perpaduan semua kaum itu hanya akan wujud selepas semua kaum menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna dan bersikap tolak ansur antara satu sama lain. Selain itu, kita sebagai warga negara yang bertanggungjawab mestilah menanam sikap nilai murni dalam kehidupan seharian kita tanpa mengira dimana kita berada. Kita juga haruslah sentiasa menghormati dan menyayangi diantara satu sama lain.Sikap toleransi juga mestilah kita pupukkan dalam diri masing-masing agar keharmonian dan bangsa idaman dapat kita merialisasikan dan membawa banyak kesan positif ke negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu kita tanam dan perkenalkan kepada masyarakat sekarang dan remaja pada masa kini agar bangsa idaman dapat dikekalkan pada generasi yang akan dating. Hal ini begitu mudah untuk dicapai



http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/hiasan.jpg

KESIMPULAN(MUHAMMAD AL AZAMUDDIN BIN AL FADZIL)

Sebagai kesimpulan,untuk membentuk negara yang berbilang kaum bukanlah suatu yang mudah,rakyatnya harus berganding bahu Bersatu dalam membentuk sebuah negara yang harmoni dari segi fahaman,budaya dan agama masing-masing.Kita mestilah hidup saling menghormati antara satu sama lain agar dapat membentuk negara yang harmoni dan menjadi contoh kepada negara luar yang lain.Setiap rakyat harus menyemai sikap kenegaraan dalam setiap diri dan sanubari mereka bagi memperjuankan keamanan dan mencapai matlamat kita sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara yang kedepan dan maju.Walau bagaimanapun,terdapat banyak halangan dan cabaran yang perlu dilalui untuk membentuk negara membangun seperti Malaysia sebagai negara bangsa.Oleh itu,semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing dan terus konsisten bagi memastikan negara kita hidup bersatu padu bagi memastikan pembentukan negara bangsa di Malaysia dapat tercapai dan direalisasikan menjadi sebuah negara maju.


RUJUKAN

https://anyflip.com/bookcase/tlqk

https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa

https://www.academia.edu/9933345/Konsep_negara_bangsa_di_malaysia

https://www.scribd.com/presentation/365181721/KONSEP-NEGARA-BANGSA

http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-negara-bangsa-ciri-ciri-negara.html

JADUAL AGIHAN TUGAS












SEMAKAN PLAGIAT

MUHAMMAD AMZAR BIN ABDUL HALIM



ILYAS HILMI BIN MOHD ZAHRULLAIL


MUHAMMAD ZUL IMAN BIN ZOLKEPLE


MUHAMAD ALIFF NAJMI BIN ZULKIFLI


MUHAMMAD AL AZAMUDDIN BIN ALFADZIL


Comments